Suji Crystal Cookies |
biskut suji kristal |
taburkan gula kaster |
atau salutkan dgn gula icing |
BISKUT SUJI CRYSTAL
Bahan A - Diayak bersama
3 cawan tepung Red Rose
1/2 sudu teh serbuk penaik
Bahan B
1/2 cawan gula icing
1/2 cawan badam kisar
200 gm minyak sapi - dicairkan dan disejukkan
pewarna hijau, pink, dan kuning
Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna ke dalam sebuah bekas.
Gaul perlahan-lahan hingga menjadi satu doh yang lembut
Rehatkan adunan selama 20 minit atau lebih
Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna secukupnya
Susunkan doh-doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10 gm setiap satu.
Cara : bulatkan setiap doh tu 3 gm setiap satu kemudian satukan dan bulatkan menjadi bentuk guli.
Susun doh ke dalam dulang pembakar
Panaskan ketuhar. Bakar doh pada suhu 150 C selama 15 - 20 minit
Biarkan sejuk setelah masak.
Kemudian salutkan dgn gula caster atau gula icing
No comments:
Post a Comment