Friday, 5 August 2011

Apam Pisang Coklat

Apam Pisang Coklat

Resepi apam pisang coklat

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam (optional)
1 cawan pisang emas yg dilecek
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula perang 2 biji telur

Cara-cara:
 Ayak tepung bersama serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder. Pukul telur bersama gula perang sehingga kembang. Masukkan bahan2 yg diayak tadi diikuti dengan pisang. Kemudian masukkan minyak jagung dan garam. Masukkan adunan kedalam cawan kertas dan kukus selama 20 minit.

Wednesday, 3 August 2011

Acar Buah


Acar buah


Bahan2nya:

  • 100gm buah kana
  • 100gm buah  ceri hitam
  • 100gm buah plum 
  • 100gm halwa kundur
  • 100gm buah ceri merah
  • 100gm kismis hitam
  • 100gm buah kurma
  • 50gm halia  
  • 50gm bwg merah 
  • 40gm bwg putih 
  • 50gm cili kering
  • 50gm bijan
  • 50gm gula
  • 10gm garam halus
  • minyak secukupnya
  • apple cider
Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng cili kering, bawang merah, bawang putih serta halia sehingga berbau harum. Selepas itu goreng bijan.
  2. Selepas itu kisarkan kesemua bahan2 tadi bersama bijan yg telah digoreng. Panaskan kuali dan tumis bahan2 yg telah dikisar tadi.
  3. Perasakan dengan gula, garam dan cuka apple cider. Kemudian dikacau rata.
  4. Masukkan kesemua buah jeruk tadi. Kacau rata dan masak di atas api sederhana.
  5. Angkat dan sedia utk dihidangkan 

Tuesday, 2 August 2011

Puding Roti Dengan Sos Kastad

Resepi Puding Roti Dengan Sos Kastad

Bahan-bahan A:
8 keping roti
500 ml susu segar

Bahan-bahan B:
2 biji telur
2 sudu besar gula halus
2 sudu besar mentega (dicairkan)
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar kismis

Bahan-bahan C (untuk sos kastad)
300ml susu segar
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus

Cara-caranya:
Potong roti menjadi kecil-kecil dan rendamkan ke dalam susu segar selama 30 minit
Campurkan kesemua bahan B sehingga sebati dan tuangkan ke atas bahan2 A tadi.
Bakar pada suhu 180 selama 30 minit
Untuk membuat sos kastad, campurkan kesemua bahan C dan kacau atas api sederhana sehingga sebati

Tuangkan sos ke atas puding semasa menghidang. 
Selamat mencuba!!!


Puding roti dengan sos kastad

Wednesday, 27 July 2011

Apam Ladybird

At last dapat jugak buat apam ladybird nih walaupun tak secantik apam yang lain....rasa apam ni sama saja ngan apam polka dot cuma corak nya saja yang lain.... Inilah rupa apam ladybird hasil terbaru dariku.......

Apam Ladybird

Friday, 22 July 2011

Roti Jala lagi.....

Hari ni saya akan menunjukkan cara2 untuk membuat roti jala yg berwarna purple dan putih ni.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
2 biji telur
1 sudu besar mentega
Secubit garam
Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan-bahan diatas dan masukkan ke dalam blender untuk memastikan adunan roti jala sebati dan tidak berbiji. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian diwarnakan purple dan 1 lagi warna asal (putih). Masukkan adunan kedalam 2 botol yg berasingan seperti gambar di bawah. Masak roti jala diatas kuali yg tidak melekat. Selamat mencuba!!!


adunan roti jala (putih & ungu)

roti jala dicorakkan dgn botol bermuncung 3

roti jala yg dah siap dilipat


kari daging

roti jala dgn kari daging

Wednesday, 20 July 2011

Roti Jala Pandan Emas


Roti jala masih kat dalam kuali
Roti jala yg dah siap dilipat
Roti jala pandan emas dgn kari ayam

Tuesday, 19 July 2011

Apam Chocolate

Apam chocolate yang comel ini harganya sama dgn apam beraneka warna.....RM 10.00 untuk 30 biji
RM 30 untuk 100 biji.....
Bahan2 utk membuat apam chocolate
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan susu manis
1 cawan minyak sayur
1 cawan air suam
3/4 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bokarbonat
Cara- cara:
Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan. Pukul telur bersama gula halus sehingga kembang. Masukkan susu manis, minyak sayur dan air suam. Akhir sekali masukkan tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat yg telah diayak tadi. Pukul kesemua bahan sehingga sebati. Masukkan adunan ke dalam paper cup kecil dan kukus selama 15 minit. Selamat mencuba!!!
Apam chocolate 

apam yg belum dikukus

apam yg dah siap dikukus