Saturday 6 August 2011

Deutsche Kekse (German Cookies)

 (60 pieces) per container

Doh yg telah dibulatkan


Doh ditekan dgn garfu



German cookies yg dah siap dibakar



German cookies yg sedap.....melt in the mouth.....


Bahan-bahan:
250 gm butter dilembutkan pada suhu bilik
80 gm gula icing, diayak
250 gm potato starch
160 gm tepung superfine



Cara-caranya:
Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan.
Ayak tepung superfine dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit.
Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang).

No comments:

Post a Comment