Tuesday 2 August 2011

Puding Roti Dengan Sos Kastad

Resepi Puding Roti Dengan Sos Kastad

Bahan-bahan A:
8 keping roti
500 ml susu segar

Bahan-bahan B:
2 biji telur
2 sudu besar gula halus
2 sudu besar mentega (dicairkan)
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar kismis

Bahan-bahan C (untuk sos kastad)
300ml susu segar
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus

Cara-caranya:
Potong roti menjadi kecil-kecil dan rendamkan ke dalam susu segar selama 30 minit
Campurkan kesemua bahan B sehingga sebati dan tuangkan ke atas bahan2 A tadi.
Bakar pada suhu 180 selama 30 minit
Untuk membuat sos kastad, campurkan kesemua bahan C dan kacau atas api sederhana sehingga sebati

Tuangkan sos ke atas puding semasa menghidang. 
Selamat mencuba!!!


Puding roti dengan sos kastad

No comments:

Post a Comment